🎁

Legasi Syurga 2: Caregiver Bukan Pilihan

Legasi Syurga 2: Caregiver Bukan Pilihan

Ahad, 26 October 2025 ⏰ 9:30pg -12:30tgh 📍 Auditorium Masjid Sultan
notion image
Burnout. Marah. Rasa bersalah.
Inilah dilema ramai anak yang menjaga ibu bapa uzur atau dementia.

Legasi Syurga 2 ialah program fizikal eksklusif.

Kami kongsi panduan, pengalaman, dan jalan keluar — supaya anda boleh terus berkhidmat, menukar setiap keringat, jalan ke Syurga.
 
 

✅ Quiz: Adakah ini untuk anda?

*Adakah anda sedang menjaga, tapi risau bagaimana nak terus bertahan di masa depan?**
Anda mampu sekarang, tapi hati runsing:
*“Bagaimana kalau burnout makin teruk? Bagaimana nak elak retak keluarga, dan apa yang boleh saya tinggalkan supaya anak-anak saya tidak terbeban nanti?”*
**Pernahkah anda cuba menjaga tetapi rasa letih, marah, dan keseorangan?**
Badan lesu, jiwa terperangkap dengan rutin harian. Adik-beradik tidak membantu. Kadang-kadang menyesal bila terkasar dengan ibu bapa sendiri.

Jika ini familiar… Maka Legasi Syurga 2 dicipta untuk anda. 👉

“Selepas hadir Legasi Syurga, saya rasa ringan. Alhamdulillah rupanya saya bukan seorang diri.”
— Saiful Omar, peserta Legasi Syurga
 
 
 

🤝 Temui Panel Anda

notion image

Ustazah Nuraizah Amin

notion image
Ustazah Nuraizah Amin ialah seorang asatizah dan caregiver yang telah menjaga ibunya dementia selama lebih 7 tahun.
Beliau menggabungkan…
  • penjagaan makanan dengan panduan Al-Quran
  • menjadikan pengalaman menjaga ibunya satu jalan ibadah yang sarat dengan pengajaran.

Puan Azura

notion image
Puan Azura ialah seorang jururawat dan caregiver berpengalaman.
Beliau pernah…
  • Menjaga neneknya yang menghidap dementia
  • Latar belakang jururawat, memahami cabaran klinikal serta emosi dalam penjagaan.
 

Ustaz Hidayat Ismail

notion image
Ustaz Hidayat ialah Naib Kadi yang kerap berdepan isu rumahtangga, khususnya cabaran pasangan tinggal bersama ibu bapa atau mertua berusia.
Beliau turut mengikuti…
  • latihan dan bengkel pembangunan keluarga anjuran ROMM dan MCCY
  • memastikan panduan serta nasihatnya kekal relevan dalam membina kehormatan dan keharmonian rumah tangga.
  • Beliau juga adalah pengasas bersama Syukran.com dan LegasiSyurga.com.

Naim Omar

notion image
Naim Omar ialah Islamic Estate Planner, Pengarah Wiqayah Pte Ltd dan pengasas bersama LegasiSyurga.com.
Beliau sangat…
  • Komited mendidik masyarakat tentang kepentingan melindungi legasi & waris.
  • Berkongsi kisah sebenar konflik keluarga akibat perancangan pusaka yang lemah.
  • Membantu ramai keluarga merancang pusaka dengan aman dan sistematik.

Shahib Amin

notion image
Shahib Amin ialah pengasas bersama LegasiSyurga.com serta Syukran.com.
Beliau aktif…
  • Membuat kandungan yang telah ditonton oleh ribuan penonton.
  • Menulis newsletter mingguan kepada lebih 3,000 caregiver.
  • Perihatin terhadap ibunya yang menjaga dua orang tua yang sakit dalam satu rumah.
 

Data ringkas yang menunjukkan usaha kami dalam dunia caregiving

  • 7+ tahun pengalaman caregiving dementia secara langsung
  • Panel gabungan: jururawat, asatizah, naib kadi
  • Komuniti caregiver aktif dengan 3,000+ pembaca newsletter mingguan
  • Bonus eksklusif: toolkit praktikal (checklist, jadual, panduan fiqh & penjagaan)
 
 
 

“Seminar itu menarik lebih 150 caregiver yang ingin berkhidmat kepada ibu bapa lanjut usia…”

Video preview
Seperti dalam lelaman on Berita.
notion image

Setiap Caregiver muslim akan hadapi cabaran yang sama…

Dan inilah antara 10 masalah yang sering menghantui caregiver Muslim:
 
notion image
  • Perasaan marah terpendam kerana adik-beradik tidak berkongsi tanggungjawab
  • Burnout hingga menjejaskan kesihatan diri dan mental
  • Rasa rendah diri atau malu bila orang luar menilai cara penjagaan
 
 
notion image
  • Tiada ilmu asas kesihatan/penjagaan orang tua menurut Islam
  • Hilang masa peribadi untuk diri sendiri atau pasangan
  • Tekanan emosi bila orang tua mula hilang ingatan atau tidak mengenali anak
 
 
notion image
  • Produktiviti kerja hilang akibat tanggungjawab caregiver
  • Bimbang masa depan: siapa akan jaga diri sendiri bila sudah tua
  • Rasa “tidak adil” bila pengorbanan tidak dihargai oleh keluarga
  • Menyesal atau rasa putus asa bila orang tua meninggal selepas bertahun dijaga
 
Semua cabaran ini akan kita bincangkan bersama dan di Legasi Syurga 2, anda akan belajar bagaimana mengatasinya satu persatu. InsyaAllah.
 
 
 

Langkah 1: Luahkan dengan orang yang kita percayai

notion image

Kesilapan pertama?
Cuba hadapi seorang diri.

 
Ramai fikir mereka mampu selesaikan sendiri.
Tetapi akhirnya terperangkap dalam burnout, marah, dan rasa bersalah.
Bila penat menguasai jiwa, kita Mula salahkan tuhan. amalan ibadah pun terabai.
Sebaliknya, dengan bimbingan dan pengalaman dari mereka yang pernah melaluinya, anda boleh terus berkhidmat sambil menjaga diri sendiri.
Legasi Syurga 2 tunjukkan cara praktikal bagaimana sabar dan redha boleh dipupuk setiap hari.
 
 

Langkah 2: Sentiasa komunikasi dengan jelas

notion image

Kesilapan kedua terbesar?
Tiada sistem penjagaan ibu bapa dan komunikasi yang jelas bersama adik-beradik.

 
Ramai keluarga bergaduh kerana tugasan tidak seimbang: seorang anak terbeban, yang lain rasa tidak perlu terlibat.
“Kau paham-paham jelah… tak payah nak suruh” Anggapan “assuming” sangat bahaya.
Tanpa sistem, semua jadi huru-hara dan ibu bapa pula menjadi mangsa.
Di Legasi Syurga 2, anda akan dibekalkan checklist & saranan jadual supaya peranan boleh diagih dengan adil, dan hubungan keluarga kekal harmoni.
 
 

Langkah 3: Jaga kerohanian ibu ayah selain fizikal

notion image

Terlalu focus pada rawatan fizikal, tapi abaikan rohani.

 
Banyak caregiver fokus pada ubat, makan minum, dan keperluan fizikal semata. Tetapi mereka lupa warga emas masih perlukan doa, zikir, dan amalan yang mudah.
Caregiver juga perlu terapi hati, bukan sekadar tenaga badan.
Di Legasi Syurga 2, anda akan belajar amalan harian mudah — wudhu’, doa, solat, Al-Quran — yang menjadi sumber kekuatan sebenar.
 
 

Langkah 4: Selesaikan Harta Warisan Awal, Supaya Lebih Tenang

notion image

Jangan sampai terlambat dan abaikan isu harta & perancangan pusaka.

 
Ramai keluarga terjebak dalam konflik selepas ibu bapa meninggal kerana tiada wasiat atau panduan jelas.
Caregiver sangka perkara ini boleh ditunda — tapi akhirnya membawa kehancuran keluarga dan kerugian ribuan dollar.
Di Legasi Syurga 2, anda akan diberi panduan praktikal tentang bagaimana merancang pusaka secara syariah agar legasi keluarga terpelihara.
 
 
notion image
"I attended the Legasi Syurga talk in Jan 2025 and it was a game-changer. From spiritual guidance to practical caregiving steps, it filled the gap many families face when caring for elderly parents. This is truly fardhu kifayah in action. Don’t miss the next one this October — secure your spot now, insyaAllah.”
— Siti Aminah Amin participant Legasi Syurga
 
 

⭐ How Legasi Syurga Works?

Legasi Syurga 2 ialah sesi fizikal eksklusif offline.
Anda akan bersama panel & peserta lain selama beberapa jam waktu pagi 26 Oct 2025 di Masjid Sultan (Auditorium) 9:30pg -12:30tgh.
Tiada rakaman. Tiada ulang tayang.
Hanya sekali, untuk ubah cara anda melihat tugas menjaga ibu bapa.
Berikut adalah 2 modul utama yang akan anda pelajari
 
notion image
 
✅ [Kursus mini #1] (Bernilai $99)

Harum Di Balik Dementia

Dalam modul ini, anda akan menyelami kisah Ustazah Nuraizah Amin, yang menjaga ibunya yang menghidap dementia selama lebih 7 tahun.
 
Apa yang anda akan pelajari:
  • Kesilapan besar caregiver — terperangkap yang menyebabkan burnout & hilang sabar.
  • Stigma dementia — membuang tanggapan “nyanyuk = zombie” dan melihat mereka sebagai insan mulia.
  • Rutin Harian — cara beliau membahagikan masa dan pengorbanan yang dilakukan.
  • 5 Skrip Komunikasi — apa yang perlu diucapkan bila ibu ulang soalan, tak nak mandi, marah tanpa sebab, atau terlupa rakaat.
  • Formula Makanan Reverse Dementia — panduan mudah: Sup sayur lembut, Air secukupnya, Nasi + lauk berprotein, Telur/Ikan, Antioksidan dari buah, Istiqamah dalam portion kecil tapi kerap.
 
 
notion image
 
✅ [Kursus mini #2] (Bernilai $99)

Fiqh dihujung Usia

Modul ini membimbing caregiver memahami hukum-hakam dan rukhsah ibadah bagi pesakit uzur atau dementia. Soal jawab agama bersama Shahib dan Ustaz Hidayat Ismail.
 
Apa yang anda akan pelajari:
  • Panduan fiqh warga emas — beza antara tahap awal, pertengahan & akhir (bila solat masih wajib, bila tidak lagi difardhukan).
  • Penghayatan Al-Quran — Bincang ayat-ayat harapan, bahawa setiap kepenatan menunjukkan cinta Allah pada anda.
  • Kesilapan besar caregiver — qadha’ solat bagi ibu bapa (dan kenapa tidak dibolehkan).
  • Rukhsah ibadah — cara bantu pesakit solat mengikut kemampuan (duduk, isyarat, atau dibantu).
  • Doa Rasulullah SAW untuk mohon dijauhkan dari usia yang terlalu tua (رَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ).
 
 

Jumlah Total Adalah $198

 
✅ [Kursus Mini #1] Harum di Balik Dementia (Bernilai $99)
✅ [Kursus Mini #2] Fiqh di Hujung Usia (Bernilai $99)
 
Di luar kursus penjagaan warga emas & dementia yang bukan islamic berharga $200 hingga $600.
 
notion image
 

Tetapi Legasi Syurga 2 kami sediakan dengan yuran mampu milik hanya $55 sahaja.

Anda dapat 2 kursus mini penuh dengan nilai lebih $198, pada harga jauh lebih rendah daripada kursus di luar sana.
 
 

🎁 Bonus Istimewa Untuk Anda

Niat kami hanya meraikan mereka yang ingin berubah demi ayah ibu.

Jadi sebagai ganjaran untuk anda yang hadir ke Legasi Syurga 2 dan komited untuk menjadi caregiver yang lebih berlapang dada

Kami akan kongsi 1 Bonus Module istimewa untuk bantu anda lebih yakin dalam menjaga ibu bapa.

 
 
notion image
 
✅ [Bonus Module] (Bernilai $79)

Bedridden Basics

Modul bonus ini dikongsi oleh Puan Azura, jururawat berpengalaman. Ia adalah sesi asas praktikal khas pada hari tersebut untuk caregiver bagi ibu bapa terlantar — merangkumi panduan kesihatan, teknik penjagaan, dan alat bantu harian agar tugas lebih mudah dan yakin.
 
Apa yang anda akan pelajari:
  • Elak Bedsore — langkah cegah & rawat luka tekanan sebelum jadi serius.
  • Mandian atas katil — cara bersihkan & segarkan orang tersayang dengan selamat.
  • Tukar pampers bedridden — teknik mudah untuk keselesaan & kebersihan.
  • Checklist PDF + Jadual Excel — template siap guna untuk rutin penjagaan harian.
 

 

Selagi Nafas Ibu Ayah Masih Ada…
Ayuh Kita Berkhidmat Terbaik Untuk Mereka

…Dan akhirnya menjaga ibu bapa dengan sabar.
Tanpa burnout, tanpa rasa bersalah, sambil membuka pintu rahmat Allah SWT.
 
Anda telah lihat bagaimana Legasi Syurga 2: Caregiver Bukan Pilihan memberikan “real cases”, panduan fiqh, dan praktikal untuk menjadikan caregiving bukan satu beban.
 
Jika dijual berasingan, nilainya melebihi $200+.
Tetapi anda hanya perlu melabur $55 sahaja — jauh lebih rendah daripada manfaat yang bakal anda bawa pulang.
Supaya lebih ramai keluarga Muslim dapat merasai manfaatnya.
 
Namun, kesempatan ini hadir hanya sekali.
Setiap event Legasi Syurga adalah unik.
Ilmu sebegini mungkin tidak akan diulang lagi.
 
Sekarang, soalannya…
Adakah anda mahu terus terbeban seorang diri,
atau melangkah bersama ilmu & panduan untuk menjadi caregiver penuh ihsan?
 
 
 
 
notion image
 

📁 FAQ

1. Apakah itu Legasi Syurga 2: Caregiver Bukan Pilihan?
Legasi Syurga 2 ialah program fizikal eksklusif, 3 jam (10 pagi–Zohor), diadakan sekali sahaja. Ia menghimpunkan panel berpengalaman — caregiver sebenar, ustazah, jururawat, naib kadi, dan estate planner — untuk membimbing anda melalui kisah nyata, panduan fiqh, dan toolkit praktikal dalam menjaga ibu bapa uzur.
 
2. Adakah ini kursus online atau rakaman boleh ditonton semula?
Tidak. Tiada rakaman, tiada ulang tayang. Ia hanya berlangsung sekali secara OFFLINE. Inilah yang menjadikan setiap event Legasi Syurga unik dan berharga.
 
3. Siapa yang patut hadir ke program ini?
Program ini direka untuk:
  • Anak-anak yang menjaga ibu bapa uzur, sakit, atau dementia.
  • Caregiver yang rasa burnout, marah, atau bersalah.
  • Muslim yang mahu panduan Islam & praktikal untuk berkhidmat dengan redha.
  • Pasangan & keluarga yang mahu faham cabaran bersama.
 
4. Saya belum lagi menjaga ibu bapa, sesuai untuk saya?
Ya, sangat sesuai. Anda akan tahu cabaran sebenar lebih awal, dan datang dengan checklist & panduan praktikal. Ramai peserta kata ilmu ini jadi “persediaan masa depan” sebelum mereka sendiri terjun ke dunia caregiving.
 
5. Apa masalah utama yang akan saya dapat penyelesaian?
Anda akan belajar:
  • Bagaimana elak burnout & marah pada ibu bapa.
  • Cara kawal konflik adik-beradik tentang siapa jaga siapa.
  • Panduan fiqh: bila solat wajib, bila gugur.
  • Sistem rutin harian yang ringkas.
  • Penjagaan asas untuk orang tua terlantar (bedsore, mandian, pampers).
 
6. Berapa harga tiket untuk hadir?
  • $55 untuk 1 orang.
  • $89 untuk 2 orang.
  • $199 untuk pakej keluarga 5 orang.
    • (Caregiver + Parents Combo: FREE + $200 off Wiqayah Wasiat service)
 
7. Apa yang termasuk dalam harga tiket?
  • Akses penuh ke 2 kursus mini utama:
      1. Harum di Balik Dementia (kisah & inspirasi caregiver sebenar)
      1. Fiqh di Hujung Usia (panduan ibadah Alzheimer & dementia)
  • 🎁 Bonus: Caregiver Bedridden Toolkit (bedsore, mandian, pampers, checklist PDF/Excel).
  • Suasana ilmu & sokongan komuniti secara bersemuka.
 
8. Siapa panel jemputan dalam Legasi Syurga 2?
  • Ustazah Nuraizah Amin — 7 tahun menjaga ibu dementia.
  • Puan Azura — jururawat & caregiver berpengalaman.
  • Ustaz Hidayat Ismail — Naib Kadi ROMM, pakar isu keluarga & keharmonian rumah tangga.
  • Shahib Amin — hos & pengasas Syukran.com, berkongsi pengalaman ibunya menjaga dua orang tua serentak.
  • Naim Omar — estate planner, berkongsi kisah konflik keluarga akibat pusaka.
 
9. Adakah ini lebih kepada ceramah agama atau kursus praktikal?
Kedua-duanya. Anda akan dengar kisah nyata, disokong dengan nas & hadis (redha, rukhsah, doa), serta dapat tools praktikal seperti checklist, jadual, dan tip penjagaan.
 
10. Apakah bahasa yang akan digunakan untuk event ini?
Program ini dijalankan dalam Bahasa Melayu, dengan sedikit English bila sesuai — supaya mesej lebih jelas dan mudah difahami semua.
 
11. Kalau saya datang seorang, adakah saya akan rasa janggal?
Tidak sama sekali. Ramai hadir seorang diri, tetapi keluar dengan rasa “saya bukan seorang”. Anda akan jumpa komuniti caregiver lain yang faham beban & cabaran anda.
 
12. Bagaimana jika saya rasa saya bukan caregiver yang baik?
Itu normal. Program ini wujud kerana ramai caregiver rasa bersalah & tidak cukup sabar. Legasi Syurga 2 akan beri anda semula perspektif: menjaga ibu bapa bukan tentang sempurna, tetapi tentang ihsan & redha.
 
13. Apa yang membezakan Legasi Syurga 1 dan 2?
Legasi Syurga 1 lebih umum, menekankan tanggungjawab anak sebagai caregiver dan jalan menuju syurga.
Legasi Syurga 2 pula lebih fokus kepada:
  • Isu dementia & Alzheimer — kisah sebenar + panduan redha.
  • Amalan Islam harian — doa, fiqh solat, rukhsah untuk orang tua.
  • Praktikal penjagaan — tip ringkas seperti bedsore, mandian, pampers, jadual rutin.
Setiap event unik, sekali sahaja, dengan panel berbeza dan pendekatan yang baru.
 
14. Kalau saya tak dapat hadir last minute?
No worries. Kami akan refund duit anda. Just inform us. Email ke shahib@syukran.com.
 
15. Kalau saya hadir tapi rasa tiada manfaat?
Tak perlu risau. Ada 14 hari money-back guarantee tanpa soal. Kalau rasa program ini tak beri nilai, kami pulangkan semula wang anda.
 
16. Bagaimana saya boleh daftar dan buat pembayaran?
Klik butang Daftar Sekarang di bawah. Pilih pakej anda (1, 2, atau keluarga 5 orang). Tempat terhad — setiap event unik & mungkin tidak akan diulang lagi. Kami hanya menerima pembayaran sacara PayNow sahaja.
 
 
17. Dimanakan lokasi ia akan dijalankan?
Auditorium Masjid Sultan. InsyaAllah. 9:30pg -12:30tgh
 
 

🛡️ Money Back Guarantee

Akhir sekali…
Kami nak pastikan anda rasa tenang bila daftar Legasi Syurga 2.
Kalau anda hadir dan rasa, “eh… macam tak ada manfaat pun,”
(walaupun kami yakin anda akan dapat banyak!)
Just mesej kami dalam masa 5 hari, dan kami akan pulangkan 100% duit anda.
 
 
 
 
notion image
 
Legasi Syurga 2: Caregiver Bukan Pilihan Legasi Syurga 2 ialah program fizikal eksklusif.✅ Quiz: Adakah ini untuk anda?Jika ini familiar… Maka Legasi Syurga 2 dicipta untuk anda. 👉 🤝 Temui Panel AndaUstazah Nuraizah AminPuan AzuraUstaz Hidayat IsmailNaim OmarShahib AminData ringkas yang menunjukkan usaha kami dalam dunia caregiving“Seminar itu menarik lebih 150 caregiver yang ingin berkhidmat kepada ibu bapa lanjut usia…”Setiap Caregiver muslim akan hadapi cabaran yang sama…Langkah 1: Luahkan dengan orang yang kita percayaiKesilapan pertama? Cuba hadapi seorang diri.Langkah 2: Sentiasa komunikasi dengan jelasKesilapan kedua terbesar? Tiada sistem penjagaan ibu bapa dan komunikasi yang jelas bersama adik-beradik.Langkah 3: Jaga kerohanian ibu ayah selain fizikalTerlalu focus pada rawatan fizikal, tapi abaikan rohani.Langkah 4: Selesaikan Harta Warisan Awal, Supaya Lebih TenangJangan sampai terlambat dan abaikan isu harta & perancangan pusaka.⭐ How Legasi Syurga Works?Harum Di Balik Dementia Fiqh dihujung Usia Jumlah Total Adalah $198Tetapi Legasi Syurga 2 kami sediakan dengan yuran mampu milik hanya $55 sahaja.🎁 Bonus Istimewa Untuk AndaNiat kami hanya meraikan mereka yang ingin berubah demi ayah ibu. Jadi sebagai ganjaran untuk anda yang hadir ke Legasi Syurga 2 dan komited untuk menjadi caregiver yang lebih berlapang dada…Kami akan kongsi 1 Bonus Module istimewa untuk bantu anda lebih yakin dalam menjaga ibu bapa.Bedridden BasicsSelagi Nafas Ibu Ayah Masih Ada… Ayuh Kita Berkhidmat Terbaik Untuk Mereka 📁 FAQ🛡️ Money Back Guarantee