10 Checklist Yang Perlu Dilakukan Sebaik Seseorang Meninggal Dunia
Apabila seseorang meninggal dunia, penting untuk bertindak dengan tenang dan mengikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan.
1. Jangan Panik, Kekal Tenang
Ketika menerima berita kematian, bertenang dan ingat bahawa setiap yang hidup pasti akan mati. Beristighfar dan minta pertolongan Allah untuk menguruskan segala urusan dengan baik.
2. Memejamkan Kedua Belah Matanya
Memejamkan kedua belah mata jenazah dan mengikat dagu supaya mulutnya tidak terbuka. Hal ini berdasarkan hadis:
دَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى أَبِي سَلَمَةَ وَقَدْ شَقَّ بَصَرُهُ فَأَغْمَضَهُ
Maksudnya: "Rasulullah SAW menziarahi jenazah Abu Salamah RA yang matanya terbuka. Lalu Baginda memejamkannya." (Riwayat Muslim, 920)
3. Lembutkan Sendi
Melembutkan sendi kedua belah tangan dan kaki serta anggota lain dengan senaman ringan bagi memudahkan proses pengurusan jenazah.
Doa yang dianjurkan:
بِسْمِ اللَّهِ وَعَلَى مِلَّةِ رَسُولِ اللَّهِ، اللَّهُمَّ يَسِّرْ عَلَيْهِ أَمْرَهُ، وَسَهِّلْ عَلَيْهِ مَا بَعْدَهُ، وَأَسْعِدْهُ بِلِقَائِكَ، وَاجْعَلْ مَا خَرَجَ إِلَيْهِ خَيْرًا مِمَّا خَرَجَ مِنْهُ
Maksudnya: "Dengan nama Allah dan atas ajaran Rasulullah. Ya Allah, mudahkanlah urusannya, senangkanlah ke atasnya selepas itu, bahagiakanlah dirinya dengan bertemu-Mu, dan jadikanlah apa yang keluar kepadanya lebih baik daripada yang keluar daripadanya."
4. Letakkan Sesuatu Berat Pada Perutnya
Meletakkan sesuatu yang berat di atas perut jenazah untuk mengelakkan kembung yang boleh mencemarkan pandangan.
5. Menghadapkan Kiblat di Atas Katil Sambil Menanggalkan Pakaian
Sunat meletakkan jenazah di atas katil atau tempat yang tinggi daripada lantai serta menghadapkannya ke arah kiblat. Tugas ini hendaklah dilakukan oleh mahram yang paling baik hubungannya dengan jenazah.
6. Maklumkan Pengurusan Jenazah
Segera hubungi pihak pengurusan jenazah yang berpengalaman untuk mendapatkan panduan dan bantuan dalam menguruskan jenazah.
7. Hubungi Doktor
Dapatkan pengesahan kematian daripada doktor keluarga atau mana-mana doktor swasta. Doktor akan melakukan pemeriksaan dan mengeluarkan dokumen rasmi.
8. Buat Laporan Polis
Setelah kematian disahkan, waris perlu membuat laporan polis dengan surat doktor untuk menerima sijil kematian dalam bentuk digital.
9. Rancang Tempat & Waktu Pengurusan Jenazah
Tentukan lokasi mandi jenazah, sama ada di rumah atau di Masjid Pusara Aman. Tetapkan waktu yang sesuai untuk mengelakkan jenazah berada terlalu lama.
10. Susun Timeline dan Hebahkan Maklumat
Tetapkan waktu solat jenazah dan mandi jenazah agar semua berjalan lancar. Sebarkan maklumat kepada keluarga dengan format berikut:
Contoh WhatsApp:
*Bismillahirrahmanirrahim* *Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un* Dengan rasa duka cita, kami memaklumkan, {Nama Arwah}, telah kembali ke Rahmatullah pada hari {Hari}, {Tarikh Masihi} bersamaan {Tarikh Hijri}. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya dan menjadikan tempat tinggal yang layak di sisi-Nya. **Jenazah akan dibawa pulang ke alamat:** {Alamat} 🕌 **Solat Jenazah** Solat jenazah akan diadakan pada jam {time} di {Rumah} **Hubungi:** {Phone Number} {Nama} {Siapa kepada arwah}
Menyusun langkah ini dengan baik akan membantu perjalanan akhir arwah berjalan lancar dan teratur.
Wallahu a’lam,
A servant hoping for Allah's forgiveness,
Ummi Solihah edited by Shahib Amin
Ummi Solihah edited by Shahib Amin
10 Checklist Yang Perlu Dilakukan Sebaik Seseorang Meninggal Dunia1. Jangan Panik, Kekal Tenang2. Memejamkan Kedua Belah Matanya3. Lembutkan Sendi4. Letakkan Sesuatu Berat Pada Perutnya5. Menghadapkan Kiblat di Atas Katil Sambil Menanggalkan Pakaian6. Maklumkan Pengurusan Jenazah7. Hubungi Doktor8. Buat Laporan Polis9. Rancang Tempat & Waktu Pengurusan Jenazah10. Susun Timeline dan Hebahkan Maklumat