10 Tanda Orang Yang Berjaya Meninggal Dalam Husnul Khatimah

 

10 Tanda Orang Yang Berjaya Meninggal Dalam Husnul Khatimah

 
Kematian yang baik atau husnul khatimah adalah impian setiap Muslim. Ia adalah bukti penerimaan amal dan rahmat dari Allah SWT. Berikut adalah 7 tanda yang menunjukkan seseorang telah meninggal dunia dalam husnul khatimah.

1. Meninggal Pada Hari atau Malam Jumaat

Meninggal dunia pada hari Jumaat atau malamnya adalah tanda husnul khatimah. Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ
Maksudnya: "Tidak ada orang Islam yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat kecuali Allah SWT akan melindunginya daripada fitnah kubur." (Riwayat al-Tirmidzi, 1074)

2. Mengucap Dua Kalimah Syahadah Sebelum Meninggal Dunia

Seseorang yang akhir perkataannya adalah kalimah syahadah, nescaya dijamin syurga. Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ
Maksudnya: "Sesiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada Tuhan melainkan Allah’, nescaya dia akan memasuki syurga." (Riwayat Abu Dawud, 3116)

3. Meninggal Dunia Dalam Keadaan Berpeluh di Dahinya

Tanda kematian seorang mukmin yang baik adalah dengan berpeluh di dahinya. Rasulullah SAW bersabda:
مَوْتُ الْمُؤْمِنِ بِعَرَقِ الْجَبِينِ
Maksudnya: "Tanda kematian bagi seorang mukmin ialah dengan berpeluh dahinya." (Riwayat al-Tirmidzi, 982)

4. Diberikan Taufiq dan Hidayah Beramal Soleh Sebelum Meninggal

Allah SWT memberikan kemudahan bagi seseorang untuk beramal soleh sebelum ajalnya sebagai tanda husnul khatimah. Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَالُوا: وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ؟ قَالَ: يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ
Maksudnya: "Jika Allah menginginkan kebaikan terhadap hamba-Nya, maka Allah akan memberinya taufiq untuk melakukan amal soleh sebelum kematiannya." (Riwayat al-Tirmidzi, 2142)

5. Meninggal Dunia Dalam Keadaan Mati Lemas, Jatuh Bangunan, dan Syahid di Jalan Allah SWT

Orang yang meninggal dalam keadaan mati lemas, jatuh bangunan, atau syahid di jalan Allah dikategorikan sebagai syahid. Rasulullah SAW bersabda:
الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ: الْمَطْعُونُ، وَالْمَبْطُونُ، وَالْغَرِقُ، وَصَاحِبُ الْهَدْمِ، وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Maksudnya: "Orang yang mati syahid itu ada lima, iaitu orang yang meninggal kerana penyakit ta'un, sakit perut, tenggelam, orang yang jatuh daripada bangunan atau tebing, dan syahid di jalan Allah." (Riwayat al-Bukhari, 652)

6. Meninggal Dunia Dalam Keadaan Melahirkan Anak

Seorang wanita yang meninggal dunia dalam keadaan melahirkan anak dikira sebagai syahid. Rasulullah SAW bersabda:
قُتِلَ الْمُسْلِمُ شَهَادَةٌ وَالطَّاعُونُ شَهَادَةٌ وَالْبَطْنُ وَالْغَرَقُ وَالْمَرْأَةُ يَقْتُلُهَا وَلَدُهَا جَمْعًا
Maksudnya: "Seorang muslim yang terbunuh dikira sebagai syahid, kematian akibat wabak taun juga dikira sebagai syahid, kematian kerana sakit perut, mati lemas, dan seorang wanita yang meninggal dunia kerana melahirkan anaknya dikira sebagai syahid." (Riwayat Ahmad, 22684)

7. Meninggal Dunia Disebabkan Penyakit Perut

Sesiapa yang meninggal dunia akibat penyakit yang berkaitan dengan perut dikategorikan sebagai syahid. Rasulullah SAW bersabda:
وَمَنْ مَاتَ فِي الْبَطْنِ فَهُوَ شَهِيدٌ
Maksudnya: "Sesiapa yang mati akibat daripada penyakit berkaitan perut, maka dia mati dalam keadaan syahid." (Riwayat Muslim, 1915)

8. Meninggal Dunia Dalam Keadaan Melaksanakan Amalan Soleh

Orang yang meninggal dalam keadaan melakukan ibadah seperti berpuasa, bersedekah atau mengucap kalimah tauhid dijanjikan syurga. Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ قَالَ: لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ، خُتِمَ لَهُ بِهَا، دَخَلَ الْجَنَّةَ، وَمَنْ صَامَ يَوْمًا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ، خُتِمَ لَهُ بِهَا، دَخَلَ الْجَنَّةَ، وَمَنْ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ، خُتِمَ لَهُ بِهَا، دَخَلَ الْجَنَّةَ
Maksudnya: "Sesiapa yang mengucap 'Laa ilaaha illallah' dengan ikhlas kerana mencari keredhaan Allah SWT, dan hayatnya diakhiri dengan perkara tersebut, dia akan masuk syurga." (Riwayat Ahmad, 23372)
 
Semoga kita semua dikurniakan husnul khatimah dan diampuni segala dosa sebelum kembali kepada-Nya.
 
Sumber inspirasi: Kitab Dr Zulkifli Al-Bakri
Source:
notion image
notion image
notion image
notion image
notion image
notion image
notion image
notion image
notion image
notion image
 
 
Wallahu a’lam,
 
A servant hoping for Allah's forgiveness,
Shahib Amin